Sunday, March 24, 2013

Cerdik Catur Rating akan menggunakan jadual Harkness Rating System


Esok bermulanya penggunaan Cerdik Catur Rating bagi semua pertandingan catur yang akan dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise. Banyak sejarah menarik dapat dipelajari mengenai Harkness Rating System. Pelajar sekolah rendah pun boleh kira sendiri rating mereka. Sekiranya ada masa nanti, pihak kami akan ceritakan asal usul rating ini.


Syarat permulaan rating :

1. Pemain bawah 12 tahun akan bermula dengan rating 1200. Bawah 12 tahun ialah mereka yang lahir pada tahun 2001 dan selepasnya. Contohnya 2013 - 2001 = 12 tahun

2. Pemain bawah 18 tahun akan bermula dengan rating 1300. Bawah 18 tahun ialah yang lahir pada tahun 1995 dan selepasnya. Contohnya 2013 - 1995 = 18 tahun

3. Pemain atas 18 tahun akan bermula dengan rating 1400. Atas 18 tahun ialah mereka yang lahir pada tahun 1994 dan sebelumnya. Contohnya 2013 - 1994 = 19 tahun.