Wednesday, November 13, 2013

CONGRATULATIONS !! Kamaluddin Yusof Terima SKIM GALAKAN CCR Rapid...

Tahniah kepada Kamaluddin Yusof kerana menjadi peserta pertama daripada hampir 1 ribu peserta dalam senarai CCR Rapid keluaran Nov/Dis 2013..Seperti dijanjikan oleh CM Fadli, beliau berjaya menerima RM100 !!! 5 peserta pertama cecah CCR Rapid 1600 akan menerima SKIM GALAKAN bernilai RM 100 seorang..

Senarai penuh CCR Rapid Nov/Dis 2013, boleh rujuk di LINK INI..

  Kamaluddin Yusof sedang menerima RM 100 daripada CM Fadli sebelum Kejohanan Catur Rekreasi Alam Sekitar FRIM 2013 bermula..

 

CCRRAPIDRANKINGNOV-DIS 

 TOP 50 - Dalam senarai CCR Rapid keluaran bulan Nov/Dis 2013

Sunday, October 27, 2013

Ranking pemain CCR BLITZ keluaran bulan November 2013

Boleh download senarai ranking pemain CCR Blitz bulan November 2013..sila klik DOWNLOAD..

140 peserta sudah ada dalam senarai Cerdik Catur Rating (CCR) Blitz bagi keluaran November 2013. Maklumat penuh, boleh rujuk www.cerdikcaturrating.blogspot.com

 

Wednesday, October 23, 2013

CCR RAPID SEPTEMBER/OKTOBER 2013

880 peserta kini dalam senarai CCR Rapid bulan September/Oktober 2013.

Ranking terbaru peserta berdasarkan kepada Cerdik Catur Rating (CCR) Rapid bulan Sept/Okt 2013 - Ranking & A-Z.  Anda boleh rujuk di sini CCR RAPID SEPT/OKT (A-Z)

CCR Rapid bulan November/Disember 2013 akan dimuatkan di www.cerdikcaturrating.blogspot.com pada awal bulan November 2013 untuk digunakan bagi Kejohanan Catur Rekreasi Alam Sekitar FRIM pada 10 November dan juga di Kejohanan Catur Terbuka Piala YDP MPSJ 2013 pada 7 Disember 2013 dan beberapa kejohanan lain di Kedah..

 

Thursday, October 17, 2013

Cerdik Catur Rating (CCR) Blitz Oktober 2013 - Ranking & A-Z

CERDIK CATUR RATING (CCR) BLITZ OKT 2013 - RANKING & A-Z


CCR BLITZ OKTOBER 2013

118 peserta kini dalam senarai CCR Blitz bulan Oktober 2013.

Ranking terbaru peserta berdasarkan kepada Cerdik Catur Rating (CCR) Blitz bulan Oktober 2013 - Ranking & A-Z.  Anda boleh rujuk di sini CCR BLITZ OKTOBER (A-Z) DAN CCR BLITZ OKTOBER (RANKING).

TOP 30 PEMAIN TERBAIK CCR BLITZ keluaran bulan Okt 2013

 

Wednesday, September 11, 2013

Top 15 CCR Rapid bulan September 2013

TOP 15 PESERTA CCR RAPID BULAN SEPTEMBER 2013

15 peserta yang mempunyai CCR Rapid bulan September 2013 atas 1500 dan tidak LAYAK sertai Cabaran Cerdik Catur Amatur pada 12 Oktober ini di Shah Alam. Mereka adalah ...

Syarat kelayakan untuk sertai Cabaran Cerdik Catur Amatur ialah peserta yang pernah cecah CCR 1500 dan ke bawah atau tiada CCR (keluaran CCR bulan September atau Oktober 2013) dan hanya kepada warganegara Malaysia sahaja.


Saturday, September 7, 2013

CERDIK CATUR RATING (CCR) BLITZ SEPTEMBER 2013 - RANKING & A-Z

CCR BLITZ SEPTEMBER 2013

106 peserta kini dalam senarai CCR Blitz bulan September 2013.

Ranking terbaru peserta berdasarkan kepada Cerdik Catur Rating (CCR) Blitz bulan September 2013 - Ranking & A-Z.  Anda boleh rujuk di sini CCR BLITZ SEPTEMBER (A-Z) DAN CCR BLITZ SEPTEMBER (RANKING).

top30ccrseptTOP 30 PESERTA DALAM SENARAI CCR BLITZ TERKINI BULAN SEPTEMBER 2013

Tuesday, August 6, 2013

CERDIK CATUR RATING (CCR) BLITZ OGOS 2013 - RANKING & A-Z

CCR BLITZ OGOS 2013

Ranking terbaru peserta berdasarkan kepada Cerdik Catur Rating (CCR) Blitz bulan Ogos 2013 - Ranking & A-Z.  Anda boleh rujuk di sini CCR BLITZ OGOS (A-Z) DAN CCR BLITZ OGOS (RANKING).

Saturday, July 27, 2013

CERDIK CATUR RATING (CCR) JULAI/OGOS 2013

Ranking terbaru peserta berdasarkan kepada Cerdik Catur Rating (CCR) bulan Julai/Ogos 2013  – Ranking & A-Z . Anda boleh rujuk di sini CCR JULAI/OGOS (RANKING)   DAN   CCR JULAI/OGOS ( A-Z) . Cerdik Catur Rating keluaran bulan Julai/Ogos akan digunakan untuk menentukan susunan peserta di pertandingan yang dikendalikan oleh pihak Cerdik Catur sekiranya ada kejohanan catur pada bulan Ogos nanti..

Lima peserta pertama yang cecah CCR 1600, CCR 1800 dan CCR 2000 akan menerima RM100 seorang. Beberapa lagi SKIM GALAKAN menarik akan juga diperkenalkan kepada Komuniti Cerdik Catur yang mempunyai CCR. Sebanyak RM 5 ribu telah diperuntukkan untuk perkembangan CCR dan dijangka akan meningkat sumbangan perkembangan CCR kepada RM 10 ribu mulai tahun 2014.

Setakat ini bulan Julai, seramai lebih 500 peserta sudah ada dalam senarai nama CCR dan dijangka akan cecah 1 ribu peserta yang akan mempunyai Cerdik Catur Rating (CCR) sebelum masuk tahun 2014. Tahniah ! Terbaik !

 

 

Saturday, May 4, 2013

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PENGGUNAAN CERDIK CATUR RATING

CERDIK CATUR RATING (RAPID)

Kawalan masa - 15 minit hingga 45 minit

 

CERDIK CATUR RATING (BLITZ)

Kawalan masa - 5 minit hingga 10 minit

 

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PENGGUNAAN CERDIK CATUR RATING...

1. Ranking pemain mesti gunakan senarai terbaru Cerdik Catur Rating. Sekiranya pertandingan tersebut akan diadakan pada bulan Jun, maka senarai Cerdik Catur Rating bulan Jun mesti digunakan.

2. Terdapat 2 kategori Cerdik Catur Rating iaitu Cerdik Catur Rating (Rapid) dan Cerdik Catur Rating (Blitz)

3. Bagi Cerdik Catur Rating (Rapid), sekiranya pemain masih tiada rating dalam senarai nama di Cerdik Catur Rating, initial rating 1400 akan digunakan untuk pemain atas 18 tahun, 1300 untuk bawah 18 tahun dan 1200 untuk bawah 12 tahun.

4. Bagi Cerdik Catur Rating (Blitz), sekiranya pemain masih tiada rating dalam senarai nama di Cerdik Catur Rating, initial rating 1400 akan digunakan untuk semua kategori pemain iaitu U12, U18 dan atas 18 tahun.

5. Sekiranya ada pemain yang ada titile seperti NM, FM atau IM yang ingin sertai pertandingan Cerdik Catur Rated Event, syarat item no. 3 dan no. 4 masih digunakan dan title tersebut akan meletakkan mereka di ranking atas sekali dalam kategori rating initial seperti 1400 dan sebagainya... Program Swiss Manager akan secara automatik menyusunkannya.

6. Cerdik Catur Rating adalah PERCUMA dan pihak Cerdik Catur Enterprise iaitu yang mengendalikan Cerdik Catur Rating, tidak akan kenakan apa-apa bayaran atau 'cukai' kepada mana-mana penganjur yang ingin menggunakannya.

7. Sila emel kepada (cerdikcatur@yahoo.com) untuk memohon penggunaan rating tersebut.

8. Sila rujuk laman blog Cerdik Catur Rating iaitu www.cerdikcaturrating.blogspot.com untuk maklumat terkini dan list peserta yang terdapat dapat Cerdik Catur Rating.

9. Setakat ini iaitu awal bulan Mei 2013, seramai lebih 300 nama sudah ada dalam senarai nama di Cerdik Catur Rating (Blitz dan Rapid) dan pihak Cerdik Catur jangkakan pada akhir bulan Disember 2013 nanti, seramai lebih 1,000 nama akan berada dalam senarai tersebut.

10. Berbanding dengan rating lain yang senarai peserta sudah melebihi beribu-beribu nama dalam rating mereka sejak lebih bertahun-tahun dan dicampur adukkan peserta yang aktif dan tidak aktif, Cerdik Catur Rating pula adalah baru dan segar dan nama-nama yang dimasukkan dalam senarai rating CCR nanti adalah dianggap paling aktif setakat ini. Untuk mengekalkan CCR bersifat DINAMIK dan sentiasa mempunyai nama-nama peserta yang aktif, setiap 2 tahun, sekiranya pemain tidak sertai minima 1 pertandingan Cerdik Catur Rated Event, nama mereka akan dikeluarkan dalam senarai nama dalam CCR. Dan kemasukkan nama semula dalam senarai adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan baru yang akan sentiasa dimaklumkan perubahannya dari masa ke semasa.

 

INSENTIF CERDIK CATUR RATING

1. Banyak insentif akan disediakan dari masa ke semasa iaitu insentif yang sudah diluluskan iaitu 5 pemain pertama yang berjaya cecah CCR (Rapid) 1600 akan meneri RM100 seorang. Mana-mana peserta yang berjaya capai kenaikan CCR (Rapid) 250 akan menerima hadiah-hadiah yang menarik dari pihak Cerdik Catur Rating.

 

 KEISTIMEWAAN CERDIK CATUR RATING

1. Berbanding dengan rating lain yang update 3 atau 4 bulan sekali, Cerdik Catur Rating dikemaskinikan sebulan sekali iaitu setiap awal bulan dan akan dimuatkan senarai nama terkini di laman blog Cerdik Catur Rating di minggu pertama setiap awal bulan.

2. Cerdik Catur Rating tidak mengutip duit dari peserta atau kenakan cukai kepada penganjur yang hendak gunakan CCR tapi CCR menyediakan hadiah/wang tunai kepada peserta.

3. Statistik pencapaian para peserta dapat dijalankan secara lebih terperinci kerana maklumat DATA perubahan rating dapat dikumpul dan dibuat carta yang menarik setiap bulan bagi peserta yang aktif dalam penyertaan pertandingan Cerdik Catur Rated Event . Anda boleh jadikan CCR anda sebagai salah satu bahan rujukan untuk pantau peningkatan/pencapaian permainan catur melalui pertandingan catur yang anda sertai.

 

FORMULA CERDIK CATUR RATING

Ramai pihak bertanya kepada pihak Cerdik Catur Rating, formula apa yang digunakan oleh Cerdik Catur Rating untuk mendapatkan rating pemain.

Persoalan yang banyak ditanya ialah sekiranya pemain handal yang ada FIDE Rating yang tinggi, adakah FIDE Rating mereka dijadikan sebagai Initial Rating untuk CCR? Jawapannya ialah tidak. Semua peserta akan diberikan INITIAL RATING seperti di SYARAT & PERATURAN PENGGUNAAN CCR, item no. 3 dan 4.

Soalan lain ialah kenapa gunakan Harkness Rating System dan bukan gunakan ELO Rating System yang digunakan oleh FIDE ? Jawapannya ialah kenaikan rating kalau gunakan Harkness Rating System adalah lebih cepat berbanding ELO Rating System kerana ELO Rating System ada K-Faktor dan beberapa formula matematik lain. Jawapan lain ialah pihak kami ingin para peserta rasainya sejarah permulaan rating ini yang bermula pada tahun 1950. Iaitu merasai KEASLIAN rating ini mula-mula digunakan.

 

MODIFIKASI CERDIK CATUR RATING

Dari Harkness Rating System kepada ELO Rating System...

Ini sangat menarik kerana salah satu tujuan menggunakan Harkness Rating System dahulu ialah supaya pemain-pemain yang handal dan kurang handal akan berlumba-lumba untuk menaikkan rating Cerdik Catur Rating secepat mungkin. Pihak kami merancang akhir tahun ini atau pertengahan tahun depan, rating peserta bagi bulan terakhir yang menggunakan Harkness Rating System akan dijadikan Initial Rating untuk kiraan CCR menggunakan ELO Rating System. Hebat dan Terbaik !!!!


CERDIK CATUR RATING...BUKAN SEKADAR RATING !!!...

cerdikcatur rating logo

Tuesday, April 30, 2013

CERDIK CATUR RATING (BLITZ) LIST OFFICIALLY RELEASED @ 1st MAY 2013





Sila SEMAK Cerdik Catur Rating (Blitz) ANDA...sila rujuk juga rating di www.stonemaster.info. Seramai 82 peserta sudah berada di dalam senarai nama di Cerdik Catur Rating (Blitz) sejak mula diperkenalkan pada awal bulan April 2013.

Cerdik Catur Rating....Ini bukan sekadar rating !!!

Tuesday, April 23, 2013

CERDIK CATUR RATING (BLITZ) LIST OFFICIALLY RELEASED @ APRIL 2013

Mulai 1hb April 2013, semua pertandingan catur kilat/blitz (kawalan masa 5 minit hingga 10 minit seorang) yang dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise, akan menggunakan senarai rasmi ranking pemain Cerdik Catur Rating (Blitz) yang sudah dikeluarkan secara rasmi.

Bezanya Cerdik Catur Rating (Blitz) dan Cerdik Catur Rating (Rapid) ialah semua pemain yang sertai pertandingan catur kilat (blitz) yang dikendalikan oleh Cerdik Catur akan diberikan Initial Rating 1400 berbanding dengan Cerdik Catur Rating (Rapid) yang Initial Rating berbeza mengikut umur iaitu bawah 12 tahun (1200), Bawah 18 Tahun (1300) dan atas 18 Tahun (1400). Cerdik Catur Rating (Blitz) dan Cerdik Catur Rating (Rapid) akan dikemaskinikan setiap bulan untuk rujukan para peserta.

Bagi Cerdik Catur Rating (Rapid), skim galakan disediakan dimana 5 peserta pertama cecah 1600 (kategori Kelas B) akan menerima RM100 seorang dan mana-mana peserta yang berjaya capai kenaikan 250 markah rating cerdik catur (rapid) akan menerima hadiah menarik daripada pihak Cerdik Catur Enterprise.

 

Monday, April 15, 2013

CERDIK CATUR RATED RAPID & BLITZ EVENT

Ranking Cerdik Catur Rating untuk BLITZ event sudah siap dan akan di muatkan di laman web www.cerdikcaturrating.blogspot.com dalam sehari dua lagi. Peserta yang menyertai pertandingan catur kilat (blitz) yang dikendalikan oleh Cerdik Catur, ranking peserta tersebut akan menggunakan ranking cerdik catur rating biitz. Pertandingan catur kilat yang sudah dijadikan CERDIK CATUR RATED BLITZ EVENT ialah di pertandingan catur kilat di Kota Damansara bulan lepas.

CERDIK CATUR RATED RAPID EVENT -
Kawalan masa 15 minit hingga 45 minit setiap peserta

CERDIK CATUR RATED BLITZ EVENT -
Kawalan masa 5 minit hingga 10 minit setiap peserta

Kedua-dua rated rapid & blitz event akan dikemaskinikan setiap awal bulan dan akan dimuatkan di www.cerdikcaturrating.blogspot.com dan juga beberapa laman web catur cerdik catur iaitu www.stonemaster.info dan juga www.cerdikcatur.blogspot.com
 

Sunday, March 24, 2013

Cerdik Catur Rating akan menggunakan jadual Harkness Rating System


Esok bermulanya penggunaan Cerdik Catur Rating bagi semua pertandingan catur yang akan dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise. Banyak sejarah menarik dapat dipelajari mengenai Harkness Rating System. Pelajar sekolah rendah pun boleh kira sendiri rating mereka. Sekiranya ada masa nanti, pihak kami akan ceritakan asal usul rating ini.


Syarat permulaan rating :

1. Pemain bawah 12 tahun akan bermula dengan rating 1200. Bawah 12 tahun ialah mereka yang lahir pada tahun 2001 dan selepasnya. Contohnya 2013 - 2001 = 12 tahun

2. Pemain bawah 18 tahun akan bermula dengan rating 1300. Bawah 18 tahun ialah yang lahir pada tahun 1995 dan selepasnya. Contohnya 2013 - 1995 = 18 tahun

3. Pemain atas 18 tahun akan bermula dengan rating 1400. Atas 18 tahun ialah mereka yang lahir pada tahun 1994 dan sebelumnya. Contohnya 2013 - 1994 = 19 tahun.