Tuesday, April 23, 2013

CERDIK CATUR RATING (BLITZ) LIST OFFICIALLY RELEASED @ APRIL 2013

Mulai 1hb April 2013, semua pertandingan catur kilat/blitz (kawalan masa 5 minit hingga 10 minit seorang) yang dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise, akan menggunakan senarai rasmi ranking pemain Cerdik Catur Rating (Blitz) yang sudah dikeluarkan secara rasmi.

Bezanya Cerdik Catur Rating (Blitz) dan Cerdik Catur Rating (Rapid) ialah semua pemain yang sertai pertandingan catur kilat (blitz) yang dikendalikan oleh Cerdik Catur akan diberikan Initial Rating 1400 berbanding dengan Cerdik Catur Rating (Rapid) yang Initial Rating berbeza mengikut umur iaitu bawah 12 tahun (1200), Bawah 18 Tahun (1300) dan atas 18 Tahun (1400). Cerdik Catur Rating (Blitz) dan Cerdik Catur Rating (Rapid) akan dikemaskinikan setiap bulan untuk rujukan para peserta.

Bagi Cerdik Catur Rating (Rapid), skim galakan disediakan dimana 5 peserta pertama cecah 1600 (kategori Kelas B) akan menerima RM100 seorang dan mana-mana peserta yang berjaya capai kenaikan 250 markah rating cerdik catur (rapid) akan menerima hadiah menarik daripada pihak Cerdik Catur Enterprise.

 

No comments:

Post a Comment