CERDIK CATUR RATING (RAPID)
Kawalan masa - 15 minit hingga 45 minit
CERDIK CATUR RATING (BLITZ)
Kawalan masa - 5 minit hingga 10 minit
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PENGGUNAAN CERDIK CATUR RATING...
1.
Ranking pemain mesti gunakan senarai terbaru Cerdik Catur Rating.
Sekiranya pertandingan tersebut akan diadakan pada bulan Jun, maka
senarai Cerdik Catur Rating bulan Jun mesti digunakan.
2. Terdapat 2 kategori Cerdik Catur Rating iaitu Cerdik Catur Rating (Rapid) dan Cerdik Catur Rating (Blitz)
3.
Bagi Cerdik Catur Rating (Rapid), sekiranya pemain masih tiada rating
dalam senarai nama di Cerdik Catur Rating, initial rating 1400 akan
digunakan untuk pemain atas 18 tahun, 1300 untuk bawah 18 tahun dan 1200
untuk bawah 12 tahun.
4.
Bagi Cerdik Catur Rating (Blitz), sekiranya pemain masih tiada rating
dalam senarai nama di Cerdik Catur Rating, initial rating 1400 akan
digunakan untuk semua kategori pemain iaitu U12, U18 dan atas 18 tahun.
5.
Sekiranya ada pemain yang ada titile seperti NM, FM atau IM yang ingin
sertai pertandingan Cerdik Catur Rated Event, syarat item no. 3 dan no. 4
masih digunakan dan title tersebut akan meletakkan mereka di ranking
atas sekali dalam kategori rating initial seperti 1400 dan sebagainya...
Program Swiss Manager akan secara automatik menyusunkannya.
6.
Cerdik Catur Rating adalah PERCUMA dan pihak Cerdik Catur Enterprise
iaitu yang mengendalikan Cerdik Catur Rating, tidak akan kenakan apa-apa
bayaran atau 'cukai' kepada mana-mana penganjur yang ingin
menggunakannya.
7. Sila emel kepada (cerdikcatur@yahoo.com) untuk memohon penggunaan rating tersebut.
8.
Sila rujuk laman blog Cerdik Catur Rating iaitu
www.cerdikcaturrating.blogspot.com untuk maklumat terkini dan list
peserta yang terdapat dapat Cerdik Catur Rating.
9.
Setakat ini iaitu awal bulan Mei 2013, seramai lebih 300 nama sudah ada
dalam senarai nama di Cerdik Catur Rating (Blitz dan Rapid) dan pihak
Cerdik Catur jangkakan pada akhir bulan Disember 2013 nanti, seramai
lebih 1,000 nama akan berada dalam senarai tersebut.
10.
Berbanding dengan rating lain yang senarai peserta sudah melebihi
beribu-beribu nama dalam rating mereka sejak lebih bertahun-tahun dan
dicampur adukkan peserta yang aktif dan tidak aktif, Cerdik Catur Rating
pula adalah baru dan segar dan nama-nama yang dimasukkan dalam senarai
rating CCR nanti adalah dianggap paling aktif setakat ini. Untuk
mengekalkan CCR bersifat DINAMIK dan sentiasa mempunyai nama-nama
peserta yang aktif, setiap 2 tahun, sekiranya pemain tidak sertai minima
1 pertandingan Cerdik Catur Rated Event, nama mereka akan dikeluarkan
dalam senarai nama dalam CCR. Dan kemasukkan nama semula dalam senarai
adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan baru yang akan
sentiasa dimaklumkan perubahannya dari masa ke semasa.
INSENTIF CERDIK CATUR RATING
1.
Banyak insentif akan disediakan dari masa ke semasa iaitu insentif yang
sudah diluluskan iaitu 5 pemain pertama yang berjaya cecah CCR (Rapid)
1600 akan meneri RM100 seorang. Mana-mana peserta yang berjaya capai
kenaikan CCR (Rapid) 250 akan menerima hadiah-hadiah yang menarik dari
pihak Cerdik Catur Rating.
KEISTIMEWAAN CERDIK CATUR RATING
1.
Berbanding dengan rating lain yang update 3 atau 4 bulan sekali, Cerdik
Catur Rating dikemaskinikan sebulan sekali iaitu setiap awal bulan dan
akan dimuatkan senarai nama terkini di laman blog Cerdik Catur Rating di
minggu pertama setiap awal bulan.
2.
Cerdik Catur Rating tidak mengutip duit dari peserta atau kenakan cukai
kepada penganjur yang hendak gunakan CCR tapi CCR menyediakan
hadiah/wang tunai kepada peserta.
3.
Statistik pencapaian para peserta dapat dijalankan secara lebih
terperinci kerana maklumat DATA perubahan rating dapat dikumpul dan
dibuat carta yang menarik setiap bulan bagi peserta yang aktif dalam
penyertaan pertandingan Cerdik Catur Rated Event . Anda boleh jadikan
CCR anda sebagai salah satu bahan rujukan untuk pantau
peningkatan/pencapaian permainan catur melalui pertandingan catur yang
anda sertai.
FORMULA CERDIK CATUR RATING
Ramai
pihak bertanya kepada pihak Cerdik Catur Rating, formula apa yang
digunakan oleh Cerdik Catur Rating untuk mendapatkan rating pemain.
Persoalan
yang banyak ditanya ialah sekiranya pemain handal yang ada FIDE Rating
yang tinggi, adakah FIDE Rating mereka dijadikan sebagai Initial Rating
untuk CCR? Jawapannya ialah tidak. Semua peserta akan diberikan INITIAL
RATING seperti di SYARAT & PERATURAN PENGGUNAAN CCR, item no. 3 dan
4.
Soalan
lain ialah kenapa gunakan Harkness Rating System dan bukan gunakan ELO
Rating System yang digunakan oleh FIDE ? Jawapannya ialah kenaikan
rating kalau gunakan Harkness Rating System adalah lebih cepat
berbanding ELO Rating System kerana ELO Rating System ada K-Faktor dan
beberapa formula matematik lain. Jawapan lain ialah pihak kami ingin
para peserta rasainya sejarah permulaan rating ini yang bermula pada
tahun 1950. Iaitu merasai KEASLIAN rating ini mula-mula digunakan.
MODIFIKASI CERDIK CATUR RATING
Dari Harkness Rating System kepada ELO Rating System...
Ini
sangat menarik kerana salah satu tujuan menggunakan Harkness Rating
System dahulu ialah supaya pemain-pemain yang handal dan kurang handal
akan berlumba-lumba untuk menaikkan rating Cerdik Catur Rating secepat
mungkin. Pihak kami merancang akhir tahun ini atau pertengahan tahun
depan, rating peserta bagi bulan terakhir yang menggunakan Harkness
Rating System akan dijadikan Initial Rating untuk kiraan CCR menggunakan
ELO Rating System. Hebat dan Terbaik !!!!
CERDIK CATUR RATING...BUKAN SEKADAR RATING !!!...